Tuesday, January 3, 2012

izinkan aku pergi



pagi yang tenang,
tanpa sebarang gangguan,
kedengaran suara kipas,
dan berjuta laungan cengkerik..

hati ini..
menggebu-gebu perasaan gembira,
berkepul-kepul perasaan cuak,
itu yang aku rasa saat ini.

aku mahu pergi,
bukan untuk selamanya,
tapi hanya sementara,
untuk berjumpa rakan seperjuangan!

semalam biarlah ia semalam,
hari ini aku janjikan kecemerlangan,
esok aku janjikan ketenangan,
lusa aku janjikan kebahagiaan..

hari ini,
aku pergi dengan harapan,
aku pulang dengan kejayaan,
izinkan aku undur diri...



BUKAN SELAMA-LAMANYA. I'ALLAH..