Monday, February 13, 2012

bermain di bibir.

salam semua. iHappy & iKnow it <3 (tiba-tiba ok!)

ko ingat muka ko comel??!!

seperti yang dijanjikan, kita nak post entri tentang hari Valentine. okay kita tahu mesti semua  tertunggu - tunggu hari Valentine ni kan. betul tak? tapi perasaan ini akan muncul untuk sesiapa yang dok bergalok bercinta dan bermanja - manja lah konon kan. manja ke sebenarnya? euw, ia sangat menjengkelkan (annoying) bagi ku.

sebenarnya kalau korang ni jenis orang yang ambil tahu dan mempunyai sikap yang sama seperti aku, eceh itu dia sikap ke'poyo'an sudah keluar. (hahaha!) okay kalau korang betul betul betul betul punya betul ambil tahu, sebenarnya Valentine's Day ni tak ada pun dalam kalendar. sama ada kalendar Islam mahupun kalendar yang korang guna sekarang.  aneh bukan fenomena Valentine's Day ni?

Aneh.. sebab tidak disisipkan secara rasmi dalam kalendar tarikh hari Valentine. hmm. *merenung seketika*

okay before we go further (ayat my beloved teacher), apa motif tajuk sebenar entri aku ni? mesti pelik bukan? dah lah bermain, dekat bibir pulak tuh. haih conform semua ghairah macam datin ghairah. okbye.

okay motif tajuk (bermain di bibir) adalah untuk menarik perhatian pembaca (of course), dan kita pasti semua blogger letak tajuk entri "Valentine's Day" so kita larikan siket tajuk dia. dalam masa yang sama tajuk 'bermain di bibir' ni boleh dikaitkan dengan manusia yang menyambut hari Valentine. sebab ungkapan 'to be my valentine' sering bermain di bibir untuk menzahirkan rasa cinta si jantan kepada betina. eh kasar sangat tu. huhu.

di sini kita nak tegahkan bahwa hukum menyambut Valentine's Day dan sewaktu dengannya adalah haram. mesti ada yang kata "pergi mampos, dosa aku bukan dosa kau". memang.. tapi sape yang nak gali kubur kau? hekhekhek. 

ada yang dah merana kebosanan dan mengalami histeria mahupun penyakit tekanan perasaan apabila membaca entri ini? kalau ada jangan teruskan pembacaan kerana kita tidak akan bertanggungjawab kepada sesiapa yang mengalami penyakit2 berkenaan. hmm ada rasa loya-loya semcam? sila muntah hijau dengan sopan disini ye~ 

okay!

sebab apa haram, sebab.. sambutan ini khas untuk agama kristian. jadi kita dengan agama kita, mereka dengan agama mereka. islam pun ada cara, memang tak dapat dnafikan perasaan SUKA sentiasa wujud dalam diri masing-masing. dan daripada suka bertukar kepada CINTA. bila cinta mesti ada janji-janji manis daripada si dia kepada si polan. perasaan cinta dan berkasih sayang tidak boleh hanya janji manis di bibir sahaja. tetapi perlu diikat dengan satu ikatan akad!



dan sebenarnya.. dalam islam tak ada istilah 'couple'. couple bermakna berpasangan. berpasangan tanpa nikah itu adalah haram dalam islam. couple adalah budaya orang Yahudi dan Nasrani, mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum-hukum agama. perghhh~

lagipun setahu kita, bercinta sebelum nikah cara barat. bercinta selepas nikah cara Islam. *winkwink*

jadi untuk mengelakkan daripada ke'maksiat'an dan ke'gelojoh'an (hahahaa), dan untuk mempertingkatkan akidah dan iman kita meminta jasa baik tuan puan untuk mengwar-warkan tentang larangan orang Islam menyambut Valentine's Day ini.  harap semua berfikiran matang dan simpan dalam diri masing - masing yang kita tidak akan ada kene mengena dengan hari Valentine.

3 comments:

  1. Huh,masa 14.2 tu pepagi lagi dah ada budak non muslim widh Happy Valentine.Layan je la,tapi pesan jugak,Islam tak leh sambut sebenarnya.Nasib dorang paham.

    ReplyDelete