Monday, March 12, 2012

ingat 2 dan lupakan 2. apakah??!!

Salam. Selamat pagi semua. Harap semua tidak huru - hara seperti sediakala. (haha!) Lama jugak aku tak tulis macam ni kan. Eish.. menggebu - gebu rasa rindu pula. Jadi, cuti seminggu ni korang semua habiskan masa dengan aktiviti apa saje? Lepak? Balik kampung? Mengambil kesempatan untuk study mana yang tak sempat?

OH NOOO!!!! *meluaskan mulut 10 inci sambil geleng kepala*

Aku rasa macam takde je yang buat. Hakhak. Tapi kepada yang ada tuh, baik. Awak memang baik, memang bagus. Sila teruskan aktiviti itu. Andalah orang yang dicari - cari selama ini. Hewhew.

Baik. *muka serius*

Tetiba pagi ni aku nak cerita pasal 'dua'. Dua? apakah itu?!

Ingat 2 dan Lupakan 2. 'Ingat dan lupa' adalah fitrah manusia. Manusia tak boleh lari daripada dua sifat ini. Betul bukan? Jadi apakah yang patut diingat dan apakah yang patut dilupakan?

AAAHHAAAAA! *petik jari*






2 hal yang mesti diingat ialah..
kebaikan - kebaikan orang lain terhadap kita dan kesalahan yang pernah kita lakukan terhadap orang lain.





2 hal yang harus kita lupakan ialah..
kebaikan - kebaikan kita terhadap orang lain serta keburukan orang lain terhadap kita.

Oleh itu, (aiceh). kalau kita guna dan praktikkan benda ini (ingat 2 dan lupakan 2) selaluuuu. InsyaAllah takde timbul sifat - sifat mazmumah dalam diri masing - masing. Hmmm.. renung - renungkan selamat beramal!



*maklumat dipetik dari pusat sumber sekolah* :')