Saturday, March 10, 2012

Oh Igauan..



subuh melabuhkan tirai
tenang hati terasa sunyi
terdamparaku di atas katil
mengingati kamu di hari sepi

apakah akan terjadi??!!

pabila gelap aku mengingatimu
pabila cerah aku merinduimu
pabila mata ditutup aku mimpikanmu
pabila tersedar aku menyebut namamu

aku titipkan salam kasih
buatmu yang jauh di sana
rindu sayang sentiasa terlakar
inginku padamtapi tidak berjaya

inginku ratap sepi mukamu
inginku sentuh lembut hatimu
lalu aku mengisi ruang hati kecilmu
namun.. ini diluar kudratku.

sentuhan fizikal mungkin syaitan
aku sentuh hatimu
dengan sebuah doa
harap kau rasai sentuhan ini~