Friday, April 20, 2012

Otak macam astro, macam-macam ada..




jernihnya pagi Jumaat. kedengaran gelombang suara-suara merdu sedang menyebut kalimah Allah. ingin sahaja aku menyentuh kulit buku itu apalagi menjiwainya dengan tujuan mencari keberkatan untuk diri sendiri dan juga orang lain. tapi.. apakandaya, Dia tidak mengizinkan aku untuk menyentuh, melafaz malah menyebut untuk kali ini. Alhamdulillah Dia beri cuti kepada insan ini.

Hati manusia.. fikiran manusia.. tidak ada siapa nampak dengan mata kasar apa yang sedang berlaku kecuali empunya diri. agak-agak apa yang sedang berlaku? kalau aku dalam keadaan kau, ingin saja aku merobek-robek hati insan ini. apalah agaknya. seribu satu persoalan sedang berlegar-legar di dalam otak ini. haishh..

aku cuba menggembirakan hati aku sendiri walaupun hati seperti dicucuk-cucuk dengan jarum setebal 0.1mm. ya Allah, kau tenangkanlah hati aku, kau tenteramkanlah jiwa aku ini ya Allah. hindarkanlah aku dari segala perasaan yang bercampur baur. aku ingin gembira datang kembali ya Allah. kau permudahkanlah segala urusan aku. sambil mengesat air mata yang tidak terkesat. air mata yang tidak terkesat datangnya dari hati yang duka lara.

apakah ini semua kerana diri aku. aku cuba memikirkan. tapi gagal. aku cuba mengejar senyuman yang tergesa-gesa berlari pergi dari hati. tapi gagal. yang berjaya masuk ke dalam kepingan-kepingan hati aku cuma lah sedih. sedih.. tahu itu sedih?

hati pun tak seronok, tak tenang, aku rasa semacam, rasa ada sesuatu yang salah. tolong maafkan aku ye? biar aku happy sikit. aku janji sehidup semati tak buat lagi. aku manusia biasa. ada salahnya juga..