Sunday, June 10, 2012

Terungkai seribu satu macam ruwetnya kehidupan. Iye?!

Aku cuba mencuri sedikit masa yang ada untuk mengemas kini belog ini agar tidak dipandang sepi oleh pembaca setiaku. Masih ada lagikah yang sudi membaca belogku ini?

Aku percaya masih ada yang membukanya walaupun cuma seorang pembaca, tetap aku akan bercerita untuk kamu. Ya, untuk kamu pembaca setia Ainaa Sposa! *tetiba aku menulis dengan bersemangat tak hengat dunia*

Dari hari ke hari. Hidup aku boleh dikatakan seperti 'mencurah garam ke laut' kerana mensiakan-siakan hidup dengan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah. Berkhayal sana sini. Berfoya-foya situ sini. Solat pun lari kemana. (Maksud aku bukan aku tak solat langsung! Kiranya aku ada tinggal solat dalam sehari)

Selagi "Cuti Sekolah Pertengahan Tahun" tidak berakhir dengan sempurna, selagi itu aku akan bersuka-ria, goyang kaki, (lutut dan tangan pun goyang jugak). Sampai bila rasanya diri ini mahu melibatkan diri dengan aktiviti-aktivit begitu?

Bilakah aku ingin kembali semula memberi perhatian sepenuhnya kepada incik-incik buku? Oh tiba-tiba terasa insaf dek hati yang kecil ini. Insaf betul kah? (maksud 'insaf' di situ adalah nak kembali membaca buku ye)

Petang ini aku balik. Lagi beberapa jam. Untuk berjumpa kawan - kawan seperjuangan. Dan meninggalkan insan - insan tersayang yang ada di depan mata buat sementara waktu. Diulangi buat sementara waktu. Andai ada di antara kalian pembaca belog Ainaa Sposa yang mahu mengetahui aku mahu ke mana, biarlah aku menjawab sejujurnya. Ibarat sirih pulang ke gagang, begitu jugalah dengan aku.

Aku akan kembali ke tempat di mana kenangan manis dan pahit bersatu di situ. Aku ke sana bukan kerana mahu mengutip kenangan yang bersepah-sepah tetapi atas urusan tanggungjawab aku sebagai seorang manusia yang bergelar 'anak'.

Tanggungjawab aku kepada ibu bapa, guru-guru, negara, masyarakat dan agama. Di kesempatan ini, aku ingin mengutip keberkatan yang telah hilang. Keberkatan yang hilang telah menyebabkan aku jatuh dalam dunia kegagalan. Ya, aku gagal bererti aku jatuh. Aku jatuh kerana Dia ingin melihat aku bangun semula seperti sediakala.

(panjang berjelar pula entri kali ni. nyampah lah i)

Malas nak kata banyak. Nanti ada orang mengantuk. Terus pengsan depan laptop. Okay, doakan aku dan kawan-kawan aku yang terbaik. Kami datang dengan harapan pulang dengan kejayaan.

Akhir kata, kepada insan tersayang, mama, abah, along, adek dan hafiz. Di setiap penjuru hati aku, aku tidak pernah melupakan kamu semua. Di mana aku berada, di situ terlihat wajah kamu. Di situ aku terlihat kasih sayang kamu. Di situ juga aku terlihat jasa baik kamu semua. (serious aku touching ape aku tulis ni, aku rasa semcam nak nanges)

Salam <3