Sunday, December 16, 2012

"ape aku nak tulis malam ni erk.."

"aku nak update blog, tapi aku buntu."

"nak update ape erk malam ni. isk. idea tolong lah datang dengan cepat!"




mesti! bukan mesti. ini dah boleh dikatakan wajib ni. huhu. mesti u oll pun selalu mcm ni kan bila nak update belog. dah ada idea. sign in blog, tekan posting. jari ready dekat keyboard. ermm "eh ape benda aku nak update tadi? nak start macam mana ni? haisk haisk" *hentak pale dekat keyboard*

kalau gila terseksa aku tak tanggung ye.

lastly, u oll mesti macam.. argh,tak jadilah nak update! lain kali lah. tunggu ada idea. ehem bagi aku. better korang taip je apa-apa yang korang suka. walaupun entri tu dianggap satu entri yang sangat mengarut. nenek gua baca pun sampai muntah hijau apatah lagi gua yang baca. muntah merah jambu mungkin? ok bai.

tak semestinya entri korang tu kene tulis pasal BF/GF sahaja. selalunya kan bila aku bukak blog para blogger yang muda-muda belaka. maksud aku muda dalam lingkungan 13--15 lah. dia mesti nak cerita pasal pasangan dia. boleh. tak ada masalah. aku lagi suka baca haha.

masalahnya sekarang cara dia tulis menyakitkan kening aku.(bukan mata lagi) berkerut sejuta tahu? dia punya garisan dekat dahi pun dah macam nak sama dengan landasan kereta api. bukan main berkerut kan aku?

kalau korang tengok para blogger picisan yang hampir nak jadi retis tu kan. sebab apa blog dorang semua dah macam satu dunia tahu? mungkin. mungkin isi belog dia padat dan berguna. dia banyak idea nak create entri yang berkualiti. macam - macam gaya diaorang persembahkan dekat entri diaorg.

bahasa-bahasa dia semua best, cantik, sistematik, tertarik. semua lah. tak apa. segala-galanya bermula dari bawah. tak akan terus nak gempak dia punya belog. kankankan. *kau angguk jelah*. banyakkanlah membaca. selalu stalk blog para blogger tegar ok. jadikan mereka yang sudah bertahun-tahun dalam dunia blog inspirasi kepada kita yang sedang berjinak-jinak lagi.

apa-apa pun. jangan paksa kalau nak tulis belog. tapi nikmatinya bak kata Ben Ashaari. ambil gambar pakai hati, tulis pun mestilah pakai hati juga?