Friday, December 14, 2012

sensitif dengar perkataan -ve!



"ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa aku. sma ada yang nyata mahupun yang tersembunyi"

kata-kata terakhir sebelum aku melelapkan mata. mata yang cantik sekali, subhanallah. inilah antara nikmat daripada Allah kepada hamba seperti aku. tetapi aku tidak menggunakan mata ini dengan sebaik-baiknya. kejamnya hamba seperti aku!

tiba-tiba aku terasa roh aku di himpit oleh berguni-guni dosa. berkepul-kepul kesalahan. hitamnya hati aku. kurangnya amalan aku terhadap engkau. mudah-mudahan engkau terima doa aku di dalam sujud aku :)

seriously, hati tidak begitu tenang, jiwa tidak begitu tenteram seperti sedia kala. seperti ada yang tidak kena. aku sedikit jatuh kerana mungkin aku terlalu terpengaruh dengan kata-kata orang disekeliling.

isk, kemonlah! positifkan jelah otak kau tu Ainaa! mungkin ada hikmahnya ^_^

tapi sebenarnya, kata-kata tu nasihat. aku saje yang sensitif bila dengar. mudah-mudahan hidup aku dan orang-orang yang aku sayang dibrkati. in shaa Allah.

aku sayang dia. aku sayang dia. aku sayang dia. bila dimuhasabahkan diri ni semula. tak patut aku perlakukan sebegitu rupa. sepatutnya aku bawa orang-orang yang aku sayang ke jalan syurga bukan neraka :)

nak buat baik memang susah. kadang-kadang sampai ada salah faham. bila kita nak buat macam ni, orang kata tak boleh. bila nak buat macam tu orang kata tak boleh. nak perjelaskan pun susah. nanti dikata kita ni bajet2 ustazah. yang kata kita ni bajet2 ustazah bajet2 alim ni yang rasa nak buat aksi #GanyangStyle ni. ahaha.

bukan bajet2 ustazah tapi.. cuma nak ubah. nak sampaikan yang betul. nak perbetulkan kefahaman. dah tahu ilmu tak pekung dek dada jangan berkata-kata seperti anda seorang pendakwah ok! sekian~

sebelum nak halang kita daripada menyampaikan benda yang baik. sila muhasabah diri dulu ye. kita yang menaip bak penulis terkenal ni pun tak baik sangat. kita sama-sama jadi baik okay. in shaa allah :)

#izinkan aku bawa mu ke jalan syurga? mahu? *_*