Sunday, December 30, 2012

tanah tinggi Genting.

hai. aku rasa ini dah kali ke lima ratus enam puluh tujuh ribu kali (dua kali) aku menghentakkan kaki aku di tanah tinggi genting. tak dapat disangkal jugak aku ke sini. memang berharap tapi dalam hati aku kata.

"macam lah abah nak" , "macam lah abah teringin jugak"

macam macam lah suara hati aku ni berbisik2 dekat aku. iba-tiba, pada suatu ketika dahulu. ketika aku dan keluarga ku bercuti di kampung. tengah dalam duduk terkepit2 dengan mama. hewhewwwww ~_~

mama : kak nina pergi cameron highland. dgn mama midah semua.

aku : yeke?! bestnya! (sebab aku tak pernah pijak lagi cameron sebab tu nampak eksaited semacam je)

diam membisu. tak terkata. maksud lain. speechless kekeke.

aku : mama jom pergi genting nak?

mama : ikut suka lah. pilih nak pergi mana, DesaWaterPark ke.. Genting. (sebab pada mulanya rancang nak pergi DWP, tapi mama pun macam berat hati nak pergi tempat mandi takut adek aku demam. adek aku ni jenis lemah sikit kihkihkih )

aku tunggu gak bila nak hari sabtu ni (semalam). tunggu punya tunggu sampai gak tempat yang aku jangkakan sejuk geela macam dulu2 yang aku pergi. sampaikan aku pakai baju tiga lapis. tiga lapis katakaw!


keadaan dia tak ada perubahan walau 180darjah berubah sekalipun. ngehehe. dan tahap eksaited yang ada dalam diri aku waktu ni punyalah tinggi tak tinggi sampai aku punya confident nak naik itu, nak naik ini tak hilang di tiup angin.

dalam toilet pun boleh jadi

macam biasalah. "nak kencing jap lah". okaylah turuti saje kehendak mama. sebab dia mama aku kan. mesti lah kena dengar kata =')


benda pertama aku naik benda natang ni. nama dia pirate ship kot. kotlah. aku ni pelupa sikit nama nama ni. kau tengok je dia biasa2. tapi bila dah naik gayaaaaat ~_~


aku bukanlah nak show-off minah2 mat2 thai depan ni. aku nak bagitahu yang keadaan pirate ship ni macam mana keadaan/pergerakan dia. saya di atas! hohohoh.


macam kekok je senyum tanpa menampakkan gigi yang comel tu? thee heee. muntah warna warni sekarang.


ini space shot. paling mendukacitakan hati gua. bukan main eksaited lagi nak main. confident tu yang tak leh belah.

kakak: kau berani mati naik benda alah ni?
aku: berani je.

aku cakap aku berani sebab aku tengok keadaan orang di atas sana, macam OKAY je. tak jerit pun? aku ni terlalu inginkan jeritan ke ape erk. haha. sekali naik. hehehehe rasa nak turun balik. sebab masa ni aku dengan kakak aku duduk kerusi yang berhadapan dengan tasik+bukit. bila dia turun je, terangkat bontot aku kot. rasa nak melayang je =D

baru aku tak jerit sebab apa. sebab suara tak terkeluar bila dia dah jatuh hentam kat bawah hewhewww. best sangat!


corkscrew. 

nak beratur naik corkscrew

ke mana2 game yang aku@semuaorang nak main. mesti beratur dia macam ular cam ni. dalam sejam cam tu baru dapat naik. huhuhu senget bontot gua =)

lepas je aku naik corkscrew ni. aku pergi beratur nak naik spiderman roller coaster panjang geelaa lagi 5x lebar dia punya panjang hahaha. gambar takde sebab camera kene tinggal. tak leh bawak masuk sebarang phone, camera ..brang2 yang mudah tercicir lah =)


ini jakun ke apa? hihih. aku lain macam sikit. selalu manusia yang datang kan. dia bukak pintu ambil gmbr ala-ala model gitu. bosan pose cam tu =P



beratur nak masuk rumah hantu. ingatkan seram. eleh. gebang je sape yang jerit-jerit tu.
saje nak suruh husband dia peluk dia lah tu hohohohoh :D



cemana nak pusing ni? (kunun)


ade lah budak kecik cina ni. mula2 naik muka takleh belah, masam gila (muka cuak), benda ni dah nak berhenti baru nampak dia senyum. lawak pulak tu. lawak sebab dia takde gigi. terkekeh kekeh aku gelak hahaha xD



mama abah adek naik lah benda ni. mama ingat slow je benda ni. rupanya bukan main laju. dah lah bawahnya tasek. mama kata boleh pengsan. yelah biasalah mama aku kan. ade selekoh sikit je dah takut huhuhu ^_^

merdeka stage


cruise
tak sempat nak naik =(
(bumping boat)



dinasourland


haha sape yang boring sangat ni erk. sampai dinasour pun amek kepala je. ambek lah satu badan!
ekor dia boleh bergerak, mata dia berkelip. mulut dia bukak tutup bukak tutup :)


beginilah caranya bila sudah penat. kami balik dalam pukul 5:30 jugak. sebenanrya banyak lagi permainan yang aku main. gambar takde sebab camera tak leh bawak masuk ade stengah game tu. yelah dia nak suruh guna camera dia lepastu bayar. amboi tak nak aku beli -..-'

burger kosong rm5, keropok rm10, eskem trapik light rm3. hahaha tak guna. baik makan nasi lemak je mama masak. the end =)