Thursday, January 17, 2013

(BW) sedih kerana kawan.

Assalamualaikum =)



macam mana erk kalau kite sedih sebab kawan kite?

dah namanya pun kawan, wajib lah tutup aib kita. bukan pergi mengumpat sana sini pasal kita keeen. hey apalah! (aku tak tujukan ayat ni untuk sesape eh)

maybe ade setengah2 orang tu dia sedih sebab kawan dia pulaukan dia, kawan dia ade kawan baru, kawan dia mengumpat dia dkt kawan yang lain, kawan talam seribu muka, kawan makan kawan, kawan pentingkan diri sendiri, kawan yang susah baru cari kita..

ecewahh.. ni semua gelaran2 yang remaja skrg tepek2 kat jasad kawan dia. yang boleh di katakan kawan dia tu useless betol! (aku plak yang emo)

kite boleh sedih sebab kawan. tapi hanya boleh sedih sejam je. (ye, lepastu kau kene bahagia balik). selebihnya kite patut fikir/muhasabah diri kita.

"buat apa aku sedih sebab dia lama2, sedangkan Allah sentiasa bersama aku"

bila kite fikir macam ni, in sha allah kite tenang semula seperti biasa =)

kan ada ayat berbunyi begini "la tahzan.. innallah (blablabla aku lupa). tapi yang pasti maksud dia macam yang aku cakap lah..

"jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama dgn kite" =)


haaa tengok kawan2 aku ni hepi semacam je. kau rasa ni gambar menipu tak? yelah, menipulah! mne ade muka kau putih suci time ni. muka hitam legam cam bontot kuali ade lerr. (muka aku pun) kehkeh.

syuhada safari tapi panggil lisa. nama glemer katakan?


eh jangan ingat aku yang sedih sebab kawan. hahah. entri ni aku just nak share dekat korang je. bukan nya aku yang sedih. maybe ade hamba allah skrg ni tgh sedih sebab kawan dia ke.. mana nak tahu kan.. nombor pun takde, kahkah. =D

*apa2pun semua fakta ni aku ambil dari rancangan #tanyalahUztaz yang aku tengok pukul 7pagi tadi. so tak de yang ragu2 lagi lah =)