Saturday, January 12, 2013

(BW) lulus ke gagal ni..

assalamualaikum =)

lega sangat hari ni sebab dah lepas satu bab yang wajib aku tunaikan harhar gaya cam ustazah sedang berbicara je. bangun pagi tak lah awal mana dalam pukul 7 pagi macam tu lah. kalau tidak 6:30 dah bangun. mujur aku kunci jam. kalau tak kunci pun takpe. mama aku kejutkan. aku tak suruh pun, dia yang setia mengejut aku setiap hari. tapi takpelah. aku tetap nak kunci gak jam. nak jugak dengar bunyi phone berbunyi keeeeen.

hampir 3minggu jugak aku study kunun2 dekat rumah sebab nak ambek ujian komputer harini. so hari ni aku kene gak menghadap komputer yang tak seberapa cantik tu. tskk tssk.

macam biasa mama hantar sampai pejabat pendaftaran dia (imkeda). kene ada sana pukul 8. aku cuba gak datang tepat pada waktu bila aku bersekolah, atau ada hal2 yang lebih penting. so sampai dalam pukul 7:55. haaaa lagi 5minit tu ~.~

yang tak leh belahnya (bisalah aku kan blur bila kene uruskan hal2 cam ni sorang2), aku sampai je, keluar kereta. terus jalan menonong masuk pejabat. dah tunggu melanguk dekat depan kaunter tu cam orang takde akai. naseb pak cik sorang ni perasan aku masuk, dia panggil aku keluar dan tandatangan dekat nama.

"adek, computer test ke?"

"a'ah"

"haaa, sini!(keluar)"

yang lebih menyeronokkan aku pergi sana lenggang kangkung tak bawak ape ape. phone dan dompet mestilah bawak. masalah buku ni mana nak pinjam ni?! tu lah sape suruh tak bawak! padan mukaaaa luu! padan! padannn!

alhamdulillah tak terlalu lmbat kiteorang dtg sana. aku dpt lah num 39. ingtkan lama tunggu. aku duk melanguk je lah tengok dinding, tengok orang masuk keluar. risau sangat masa ni. macam2 fikir dalam pale hotak ni. berapa lah markah aku dapat. cam ne lah perasaan bile berdepan dgn komputer tu nanti. ya allah dapat ke aku jawab semua soalan2 tu? =(

masa ni kan rasa cam "ISK PLEASE LAH NAK SANGAT BUKU. TAKPELAH BUKU TU TAHPAPE PUN. JANJI AKU PEGANG BUKU" harhar.

dah sembang punya sembang dgn kawan baru dkt sebelah (perempuan, umur bawah aku) tiba2 giliran aku. ohh sungguh dup dap dup dap kau tahu. macam2 doa dah aku baca dalam hati ni sebab nak hilangkan nebes+takut+keliru+buntu punya pasal.

tinggg!tonnggg! (nombor 039)

ohhh myyyyy vvvvv! adakah sekarang giliran aku? kenapa sangat awal ni? ya allah hilangkan lah rasa gementar dalam diri aku ni. aku pun jalan ala ala model baru lepas buang air besar. lepastu orang tu nak ambek gmbr untuk lesen kot. tudung aku... macam haremm.. kahkah.

masuk masuk. duduk lah dalam tu tak smpai 45 minit. nak tekan 'YA' pun punya lah fikir sampai nak bengkak otak ni. tipu je =)

 fuh~ alhamdulillah aku LULUS ujian komputer! 44/50~.~
kau tak tahu. daripada perasaan takut+nebes tak hengat dunia sekarang bertukar jadi happy gile senyum lebar 30cm beb!. sampaikan orang yang tak kenal pun aku pergi senyum harhar.

lega sangat. "thankyou allah for helping me."

dats oll. thankyou for reading and liking. love u oll! =)