Friday, March 15, 2013

(bw) last minute!

assalamualaikum =)

ekceli nak post entri ni dah lama tapi asyik lupa, lupa, lupa bila time free. bila busy2 baru teringat haha! sepatutnya time busy lah tak ingt dunia =)

okay minggu lepas (lama dah kan?), kite dgn nabilah plan last minute nak keluar. mula2 macam jadi tak jadi je. lepastu kite pun malas lah nak tanya nabilah. nak kene taip mesej lagi, penat lah jari kite. nanti patah cemana ~_~ dah biar2. esoknya tu kite cuti, pagi tu ada driving class sampai pukul 10 pagi je. haaa sonok kan sekejap je! balik rumah terus tidur berdengkor tahu.

pukul 4 petang bangun tengok ada missed call dr nabilah. call lah dia balik kata nak apa semua. dia tanya nak keluar ke tak. kita ok2 je. terus siap2 mandi keluar dlm pukul 4:45 gitu. kiteorang pun pergi sebab nak tengok lawak ke der (lawak ke).


chicken cheese roll&takoyaki

tiket dah beli tapi pukul 6:45. kiteorang pun buat keputusan nak pergi makan2 dulu. ngehehehe. kita pun ajak nabilah makan sushi. dia kata
"weh ini apa ni. makanan apa ni? aku tak nak =("

nevermind lah. tengok memang pelik tapi kalau dah rasa, mesti sedap sehingga menjilat jari tengah ~_~


kita amek set 'tori miso set' sebab ayam dia sedap. kita tahu. kehkehkeh. lagi satu plate pink tu kita suruh nabilah rasa 'salmon skin piri-piri'. sedaaaappppp. panas2 lagi ='D

tapi nabilah tekak dia sedap mcd je. semua dia kata taksedap. okay fine!


suasana kat sana agak crowded siket lah. tapi..tapi... ada sorang service crew tu kan. handsome hahahah! dia perasan kite ng nabilah asyik usha dia je. mesti segan hukhuk >.< kite tahu dia mesti sebaya kite je. tengok muka dh tahu =)


tadaaaaa. sempat lah jugak bergambar. sape yang datang sushi mesti amek gambar. amek gambar sendiri tak pun amek gambar jumlah plate/makanan yang dia makan. mesti dan wajib ^_^


menu dekat klcc banyak siket lah daripada menu dkt au2 ni. lain hari kita nak rasa bento yang lain pulak. hewhew =)


dah habes makan. perut kenyang boroi pun dah. kite pun pergi masuk panggung memandangkan jam dah pukul 6:45 tepat. cerita dia kelakar tapi macam annoying siket lah. yang best nya harith iskandar. semua dia cakap fakta-fakta belaka. yang lain kelakar tap.. macam lawak bodoh je huhuhuuh ^_^

nanti jumpa lagi. bye~_~