Wednesday, March 27, 2013

(bw) rezeki kita. alhamdulillah ~_~

assalamualaikum =)

busy teruk. sampaikan slip keputusan spm pun tak ambil lagi. (cerita hari tu lah). sebab kita ni lebih risaukan ujian kereta dgn jpj pada esok hari nya (22Mac) jadi kita mewajibkan diri sendiri datang cheras sana nak practice@nak biasakan dgn tmpat kat sana dari pukul 8-1 tgh hari (21Mac). kita masuk kerja pukul 2. so how?

kita just check thru sms je. nak tahu tak masa bila kita check? masa tengah tunggu giliran nak bawak kereta dkt cheras. entah lah rasa nak check sangaaaaaat hati ni. biarlah hati ni berdebar laju macam orang berlari 100meter pun, kita nak jugak tengok apa kita dapat (confident geela haha).

tuppp.. tup. meseg kenapa lambat geela sampai ni. hati berbisik manja as dead! sekejap2 tengok phone. tengah drive pun masih nak tengok (jurulatih takde dlm kete, dia kat pondok). around 10:45 baru dpt msg.

ya allah, alhamdulillah.

masa ni tak ingat sesape. hanya ingat allah dan kakak mama abah yang sibuk call tanya "dah check ke belum? nanti meseg dpt berapa A". nampak sangat mereka semua berharap kita dapat A even satu. terus sms dorang 3 orang termasuk kawan rapat kita (Anis) "kita dapat 5A" forward terus dekat semua 4 orang. masa ni air mata gugur tak hengat dunia. cepat2 kesat air mata pakai jari. takut nanti orang tengok pelik pulak kenapa lah perempuan ni bawak kereta sambil menangis. wadehel.

ya allah, rasa syukur sangat dengan 5A yang kita kutip. tak penat tak buang masa kita study group dengan kawan sebilik seasrama kita sampai ke pagi. tak penat kita pergi kelas walaupun badan rasa lesu rasa nak demam rasa penat. ada hikmah sangat kenapa cikgu tak bagi balik rumah (di paksa duduk asrama sampai habis exam).

mana tidaknya trial exam satu A pun takde (patutlah hepi geela bila dapat 5A). markah semua hampir-hampir dapat A. alhamdulillah sangat. rezeki kita, berkat doa kita, doa kawan-kawan, doa ibu bapa, solat dhuha setiap pagi, solat hajat setiap malam termakbul. alhamdulillah.. ..

thanks to oll my teachers. tahniah jugak dekat kawan-kawan yang dapat keputusan yang cemerlang dalam spm. hehe.

*banyak lah jugak perubahan daripada -ve kepada +ve sejak duduk asrama ni*