Monday, April 29, 2013

Ujian Melukis dan Temuduga, oh okay!

Assalamualaikum =)

again.. kita tahu ade setengah2 orang yang tak sabar nak baca next entri kita, ada yang macam biasa2 je. ade yang tak amek pot langsung! kihkihkih. so hari ni kita nak sambung entri kita yang lepas. tajuk kita hari ni "interview" wah dah macam dalam rancangan Sis tv9 pulak.






berterima kasih sangat dekat kawan-kawan yang cuma cakap "goodluck" dkt kita. walau hanya satu perkataan tapi dia lah yang beri kita sejuta semangat.dia ingat pada kita. dia tahu ke mana kita nak pergi. apa tujuan kita. terharu weh terharu T_T. menangis sudah satu baldi nih!


so dengan hati yang suci semangat yang berkobar kobar, muka yang berseri seri. kita bangun pagi pukul 5:45. memang seluruh keluarga siap ngam ngam pukul 7 suku pagi. dah sampai tuh kan dalam pukul 8 suku tengok panjang gila beratur nak masuk UiTM.



ini lukisan yang aku lukis
ni lukisan yang aku lukis. sbeenarnya hati ni merana geela nak ambek gambar tapi fikir2 balik. patut aku ambek gambar. boleh tunjuk dekat family kita nak tengok ape kebenda yang kita lukis. then senang orang nak komen. boleh jugak kita tatap gambar ni lelama puas2 nak tengok okay ke tak. tapi sbnrnya macam hancus lebus. tengok lah meja pun macam dah nak terbalik sedangkan takde gempa bumi pun masa ni

ini objek sebenarnya
start pukul 9pagi. sementara nak tunggu lecturer datang bagi sikit taklimat kita sempat lah jugak ambek gambar. nanti korang yang lain tahulah cemana keadaan dia. haa cam ni lah. puh-lease abaikan dua jejaka tampan dalam gambar ni. ada yang kata "asl budak tu pakai baju sekolah" haha kesian. bukan baju sekolah lah. ekceli dorang pkai kemeja putih and biru tua.

nasib baiklah datang awal, dapat num giliran 39/250 plus plus berapa ntah! awal weh. group kita yang masuk tempat interview dulu. dup dap dup dap gila hati ni. tangan sejuk tak hengat dunia. blablablaaaaa~_~

tiba giliran kita, oh panel tu angkat tangan. so kita pun pergi dekat dia tak tahu kenapa mulut ni nak senyum je sambil jenjalan menuju panel dua orang ni =D

assalamualaikum puan =) *sambil letak segala sijil kelayakan, dokumen-dokumen penting, hasil kerja, lukisan yang atas tadi tu, dengan porfolio*

panel : oh w'salam. okay... oh fesyen..!! okay kenalkan diri dulu. IN ENGLISH PLEASE. (huh? in english? please lah weh! otak dah aktif geela masa ni nak susun ayat)

kita : english? erm okay.

blablabla...

panel : can you describe what is fashion? (boleh tak saya cakap dalam bahasa melayu?)
panel: takpe, awak cuba. kena cuba.. cuba ye?...

kita : first of all, fashion is about.. huh can i speak malay, madam?
panel : okay fine. adik beradik awak ade berapa orang?
panel : sape pereka fesyen yang awak kenal dkt malaysia ni? top 3 (kita senaraikan sampai 5-6 orang pereka)
panel : yang luar negara?
panel : siapa idola awak?
panel : berapa umur rizalman? dia belajar kat mana dulu?
panel : hatta dolmat pulak belajar kat mana?

*sambil angguk..angguk..dgr jawapan kita*

panel : baju yang macam mana awak nak reka nanti? muslimah ke..
panel : apa itu urban?
panel : kalau awak jahit baju saya boleh tak?
panel : kalau awak tak tahu pasal fesyen ni awak nak buat macam mana? (tanya lah pereka2 fesyen tuuu)
panel : oh nanti awak nak call hatta dolmat eh.. "hello hatta, ni mcm mne ni mcm mne..."
kita : eh bukan, kalau tak tahu ape ape pergilah google! *sambil tersengih-sengih
panel : awak ade twitter tak? instagram, fesbuk.. blog.. ade tak?
panel : cerita pasal ape dkt blog? pasal fesyen?..
panel : eh awak kalau amek fesyen sampai pagi buta taw buat assingment ..cemana ni?
panel : selalunya masa sekolah berapa lama tempoh buat projek?
panel : oh pola semua awak buat eh?
panel : awak ada nak tanya kiteorang apa2 soalan tak? (serious kita mmg tak tahu nak tanya apa. kalau bg masa kita fikir, mmg bnyk benda nak tanya)

masa dia tanya boleh tak jahit baju untuk dia. kita jawab lah "boleh. ade jahit baju, nak tengok tak?" dah tunjuk tu baju ceongsam. dia kata.. "alah ini saya pun boleh jahit. tepek cam ni je..hehehehe.. " sambil dia belek2 baju kita dia tanya. "belajar kan iron bahagian dalam baju semua ni?" kita cakap "a'ah belajar.."

masa ujian kreativiti ke ujian buta warna ntahlah. kita ni buta warna agakanya. gambar cawan pun boleh tak nampak. pergi cakap gambar ular hahahaha! last sekali bila tengok balik baru dapat -,-

last sekali masa nak bangun dah dia sempat tanya.

"kalau saya hantar awak dekat sabah sarawak awak nak tak?"
"kat situ je ke yang ada?"
"ye kat situ je yang ada"
"boleh boleh.." *sambil senyum*

sebenarnya hati ni sayu gila. tapi alhamdulillah, lega rasa dah buat yang terbaik dah ni. terima kasih mama abah along adek sebab bagi sokongan banyak kat kita. tunggu lah panggilan utim dpt ke tak. hohohoho tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ~_~