Saturday, May 25, 2013

entri tiada gambar tapi sangat bermakna (haha)

assalamualaikum =)

alhamdulillah syukur ke hdrat illahi atas nikmat berlimpah ruah yang telah diberikan olehNya. hmmmm... ah leklu.tarik nafas panjang-panjan dulu. hiks!

ya allah rasa bersyukur sangat belakangan ni pintu rezeki kita terbuka luas.lepas satu,satu dapat.kita manusia inginkan wang untuk hidup bahagia,untuk hidup selesa tapi kadang kadang allah tak bagi kita dalam bentuk wang.tetapi dia bagi kita kebahagiaa itu,dia bagi kita keselesaan tu.ahh setiap yang berlaku ada hikmahnya.percayalah~

tengah best best taip ni.rasa sedikit terpukul jugak dengan apa yang kita cakap tadi.kita nak wang untuk bahagia.untuk keselasaan.tapi Dia bagi kita terus kebahagiaan tu.bahagia yang tersangat sangat.bahagia di samping keluarga,kawan-kawan.bahagia sebab dapat masuk U.kita patut bersyukur.

yang tak dapat tu,jangan lah bersedih.mungkin bukan rezeki korang.jangan sesekali salahkan takdir.jgn sesekali salahkan mana-mana pihak.alah cam haritu.. ada je yang salahkan pihak UPU kata tak adil lah apa lah.and ada yang cakap "apa ni??!! belajar pandai dapat 7,8A tak dpt pun upu". okay dgr sini semua anak anak (hahaha), kalau kita belajar dengan ikhlas sepenuh hati jiwa dan raga kita.kita takkan cakap macam ni.takkan. jadi korang kawan2 yang disayangi,sentiasalah berdoa agar Dia dapat beri kita yang terbaik! yaaa itu dia.

kita(saya,nurul ainaa)memang patut dan wajib bersyukur.setakat ni apa yang saya mohon dan minta.apa yang diimpikan tercapai jugak.dari tingkatan 3 lagi.nak sangat masuk sekolah teknk/vokasional sebab nak amek fesyen (nak sangaaat) alhamdulillah dapat, intake pertama.tapi nanges2 kan duduk asrama?ahaha itu tak lawak.

peringkat seterusnya. bila masuk je sekolah tu,dah tanam dalam diri dalam jasad roh semua nak belajar bebetul untuk spm ni(spm lepas 2012).nak banggakan semua orang.nak bagi semua orang terkejut dengan keputusan spm kita.alhamdulillah,dengan bantuan kawan,cikgu,doa mama abah,solat hajat,solat dhuha setiap pagi.i did it!

bila dah keluar,mohon upu (hari pertama permohonan saya dah mohon).berkobar kobar gamaknya.disebabkan kos yang kita mohon semua ada inteview.kita sentiasa alert dgn pengumuman yang upu keluarkan.alhamdulillah,kita terpilih untuk pergi interview.ahhh syukur sangat.

yadda yadda yaddaaaa... keputusan upu keluar. dup dap dup dap jugak walaupun checking thru mobile je.tangan ni sejuk tak hengat dunia katakaw! ahh alhamdulillah cukuplah kita dah nampak perkataan "tahinah" disitu.rasa lega geela.


tiba2 teringat kawan baik kita masa kat sekolah merangkap asrama,siti nur asma' namanya. dia pernah cakap macam ni.

"ainaa,janji eh dengan aku.nanti kita sama sama amek kos fesyen dekat uitm seri iskandar.aku kau hanis. "
kita cuma balas "okay,in shaa allah"

nak tahu apa yang kelakar disebalik dialog kami tu?hah si asma siap janji dekat jari sekali.wakakaka!ahh alhamdulillah dapat jugak kan.kita,hanis dan asma (tigatiga dapat tempat yang sama).kata kata tu doa walaupun kite berkata hanya di tepi longkang.sebab tu lah kita kena jaga setiap pertuturan kita.bukan nak suruh hipokrit atau apa.okay,dengar sini lagi sekali anak-anak haha.kadang-kadang hipokrasi sangat perlu untuk ubah diri kita jadi lebih baik. yaaa...dengarlah,bukalah mata hatimu itu haha.


jadi sekarang  nak bagitahu yang kita tak lama lagi akan berangkat ke Perak.uitm seri iskandar,perak. huahua nak nanges dalam diam T_T kita tolak tepi hal lain.kita set on my mind nak belajar.hah nak belajar sangat.benda baru sape tak nak belajar kan?aha,

sampai sini je nak cakap.lepasni bukan senang nak update belog lagi.sebab tu sekali update haaa hambek kau!nah aku bagi 700patah perkataan.ahaha over gitew.300 pun tak sampai.k lah papai.