Monday, July 29, 2013

Disappointed

assalamualaikum =)

sekarang Tuhan dah bagi petunjuk dekat kau, sebab kau yang minta. Tiap - tiap hari kau minta, kau doa. kau doa di setiap sujud yang terakhir, kau doa lepas solat. kau doa masa solat. kau solat sunat hajat. kau memang mintak Ainaa. kau memang bersungguh - sungguh bila nak kan sesuatu. sekarang Tuhan makbulkan doa kan. Tuhan dengar segala rintihan kau. Rintihan kau yang sebegitu rupa, sampai menitis - nitis air mata. sampai basah sejadah, sampai basah telekung. Yakinlah, Tuhan makbul doa kau. sebab kau bersungguh- sungguh. 

tapi bila Tuhan dah makbulkan doa kau. kau merungut. Kenapa itu harus terjadi, dan kenapa ini harus terjadi. Kenapa kau macam ni Ainaa? Bersyukur lah atas apa terjadi. Ucap lah alhamdulillah. Tolong semat dalam hati sanubari, setiap yang berlaku pasti, pasti, pasti ada hikmah nya. Cuma bukan sekarang, tapi kelak. Sabar Ainaa. Sejak bila kau diajar jadi orang yang tak sabar ni. 

Dunia berputar. Hari ni sedih. Esok esok kau gembira. Jangan risau, orang keliling sayang kau.