Wednesday, September 11, 2013

a story



apabila hati aku dihadapkan dengan rasa cinta kau.
rasa cinta yang bertungkus lumus kau beri
sedaya upaya kau derma sedikit demi sedikit harapan
sehingga satu harapan bertukar sejuta harapan

daripada omong kosong menjadi satu janji
janji yang kalau diolah - olah pasti tersenyum hati
pasti tersenyum hati
pasti tersenyum, hati ini...

akhirnya tidak senyum, tawa pun tidak kelihatan
raut wajah ini berubah - ubah seperti mana hati kau yang berubah
aku tahu Tuhan buat semua bertujuan
aku redha tapi masih tak pasti

mungkin ini takdir..

paksaan pada sekeping hati untuk lupa segalanya
bertubi - tubi.
payah lupa. ada sesuatu yang menghalang. yang buat aku lagi perit.
tak apa. asal kau boleh senyum hari - hari walau bukan dengan aku.

kemana pergi. apa sahaja nak dibuat
terbayang jasad dan roh sedang memerhati

ya Allah jauhkan dia, bayangan dia, apa sahaja yang mengingatkan tentang dia dari aku.

memang sulit. tapi cuba perlahan-lahan
walau setahun lamanya masa di ambil..
aku yakin ini yang terbaik dari Tuhan