Tuesday, October 22, 2013

Tips Dekan katako?

assalamualaikum =) *menaip sambil tersenyum lebar 8inci*

oh sebelum tu pakcik pakcik and oll the makciks yang secara sengaja atau tak sengaja bukak belog nih, dah ke korang tunaikan kewajipan korang? haaa ingat, jangan kerana belog dahku ini hampa lagha tak tentu pasai nah! mohon semua senyum sikit bila baca, (namo masham masham. namo namo!) nanti-nanti si penulis senyum lima ratus enam puluh tujuh kali ganda dekat pembaca. gaychew..

okay malam ni aku dapat ilham sikit nak tulis belog. dari mana datangnya ilham? dari mata turun ke hati.. sesungguhnya hati yang bersih mampu menerima segala ilmu dengan senang nya tanpa menoleh kiri dan kawan kau waktu exam. hahahampeh.

students and their "aku nak dekan! aku nak dekan! aku nak dekan! *budak budak pegang sepanduk*" sangat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. kau pergi je mana-mana. kau tengah berjalan sambil pegang payung warna putih sekalipun, kau akan dengar suara-suara lunak berteriakan "aku nak dekan sem ni" ataupun kau sendiri akan cakap macam tu dekat kawan-kawan kau.

ataupun...

ada yang jenis diam diam ubi berisi. faham kan maksud aku? dia jenis macam rilex je, tak kecoh pun macam budak atas tadi "aku nak dekan" haha. usaha tangga kejayaan pun dia tak tunjuk snagat depan kawan-kawan. dia buat semua dalam diam. ada ke orang cem ni? kbai.

apa apa pn di sini aku nak kongsikan sikit tips macam mana nak dapatkan dean's list/DL/dekan (benda yang sama). sikit je takleh lelebih nanti ada orang marah. haha okay okay bergurau =)

1. jangan ponteng kelas

hihihih *ketawa kecil* seikhlas hati ini aku lah insan paling tak layak cakap pasal ni sebab aku sendiri hantu ponteng kelas. bukan sekali bukan dua kali. hanya tuhan je tahu. nauzubillah. aku rasa aku paling arghh tak nak buat lagi tak nak buat lagi sem depan! kehadiran ni penting sbb mungkin lect korg baik hati dia akan bg bonus markah untuk korang.. haa cayalah

2. jaga hati dan hubungan

yang ni paling nak sentuh, especially jaga hubungan dgn lect. jangan sesuka hati tokmu je nak panggil lect kau macam panggil kawan. contoh macam "eh, tipah dah datang tipah dah datang..." hahaha suka hati je, ingat dia sebaya dengan kau ke hapergh? ekceli aku pun pernah gak buat cam ni,weh kerja  tapi dah insaf. sebab bila kita panggil nama sekali dengan pangkat itu menunjukkan kehormatan kita pada dia sekaligus kau akan nampak seciput keberkatan disitu..

3. penangguhan kerja

tak sah kalau tak tangguh kerja. tk ksiah lah kerja apa. nak tuggu hujung tanduk "okay esok saya nak tengok" malam baru kelam ribut nak siapkan. alamatnya malam tak tdur. datang kelas sakit kepala, mengantuks. mcam cakap dekat diri sendiri je? okbai.

pengajaran disini buatlah kerja tu sikit sikit kalaupun tak boleh siap hri tu jugak. sebab sikit- sikit kan lama-lama jadi bukit? =)

4. sosial media

kadang2 twitter dan sebagainya tak melalaikan pun, malah boleh diguna untuk disscuss apa benda2 yang tak tahu.tambahan dpt informasi2 dari kawan yang lain something yg kita tak tahu.kankankan!memandangkan hampa semua takdak no tilipun ataupun segan nak mintak situ jelah tepat hampa meratap kasih haha. dan lagi satu jgnlah marah kalau ada yang created group whatsapp or wechat. situ kau boleh share. takmo kedekut2 kay! tuhan marah orang riak haha.

5. baca belog aku

yang penting sekali kau kena bukak belog aku tiap tiap minggu dan baca dan like dan comment dan dan dan semualah. bak kata pepatah buat baik di balas baik. tak ke gitu? hahaha :D semoga sesiapa yang baca entri ini dan yang menjadi pembaca setia belog ini akan berjaya di dunia dan di akhirat. dan mendapat keputusan yan cemerlang dan dapat dekan setiap sem dan kalau tak dapat setiap sem pun at least dapat lah dekannya walaupun sekali. amin haha.